Selasa, 25 September 2018

Ombak Rindu (2011) HDTV 1080p Engsub


Diadaptasi daripada novel paling laris Malaysia karya Fauziah Ashaari, "Ombak Rindu" merupakan filem drama romantik mengisahkan sepasang kekasih Izzah dan Hariz yang datang dari dua dunia berbeza. Izzah merupakan seorang gadis desa yatim piatu yang telah dilacurkan oleh bapa saudaranya di sebuah kelab malam di pinggir ibukota manakala Hariz pula merupakan anak lelaki seorang hartawan yang telah membeli Izzah dari kelab malam tersebut untuk dijadikan sebagai perempuan simpanannya. Atas permintaan Izzah, mereka akhirnya berkahwin walaubagaimanapun perkahwinan tersebut terpaksa dirahsiakan. Mulanya benci namun lama kelamaan timbul rasa kasih di hati Hariz terhadap Izzah. Namun, di saat kasih antara mereka mula bersemi, bapa Hariz pula mengarahkan Hariz berkahwin dengan Mia Amylia, seorang gadis yang telah dikenalinya sejak kecil lagi. Mampukah kasih antara Izzah menerima Amylia sebagai madunya? Mampukan ikatan perkahwinan tercipta atas pilihan keluarga bertahan? Siap siagakanlah diri anda menontonnya Disember ini.

Bahasa: Melayu
Sarikata: Na
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 1 Disember 2011
Genre: Drama / Romantik
Durasi: 2 Jam 6 Minit
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Lisa Surihani, Maya Karin, Aaron Aziz, Bront Palarae
Pengarah: Osman Ali
Format: 35MM

Next

Related